"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"

Tuesday, February 15, 2011

12 Rabiul Awwal

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.


Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal


Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. 

Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
   
Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin    oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.



Thursday, February 10, 2011

wasilah memilih jodoh....

balik2 training buke ar jp fb tu sementara menunggu giliran kn...erm...tetibe terbaca post dr fadhilah..hehe...pasal bercerita tentang jodoh...de kawen tnpa melihat bakal isteri de....tok guru de cari kn...sgt terasa lak bile baca tue..huhu...erm...ptt hilangkn ase sedih tu dah lame dh...tp perasaan tu susah bnr nk hilang kn...

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.” more info.... tok lebih detail...

Wednesday, February 9, 2011

cuti saya

cuti sem kali nie seronok sikit..9 hari cuti...9 hari kt umh...npe agaknye kn...tkde aktiviti cuti nie...memg ar seronok...tp tk best nye balik umh tk sihat...huhu..tp tk siht2 pn nk jalan gk..erm..start cuti sekolah hari rabu..esok nye..p zoo negara...haha..lame dh lak tk melawt haiwan2 di sane..hehehe...semua nie gara2 baby ar..sibuk sgt nk g tgk binatang2 tu..erm..nk lepas kn giande tu...so mama kate kite g je ar sane...huhu...law tk mst dh p mandi air terjun...tp asik ujan kn....so pg khamis tu bgun awl ar siap2 nk p sane..hehe...


adik saya



1st time nmpk penguin depan2..hehe..



my mummy...hehe



kura besar kt situ


pjg nye kepala...zirafah tu..hehe


nie ar adik gn baby..


nth atas tapir batu mana ar dorg nie nk posing2


kepala terkeluar..


monyet baby beriya nk sgt tu..hehe....

p/s pasni kite p zoo melaka lak ye..dah cik wati kate lg best sane..hehe